Friday, 2 December 2011

Aznil Hj Nawawi Tinggalkan ERA.Fm

aznil tinggalkan era fm
Pengacara No. 1 Malaysia Aznil Haji Nawawi Atau Pak Nil hari ini mengumumkan pengunduran beliau sebagai Penyampai Radio ERA FM bermula minggu hadapan. Kenyataan Aznil yang dikeluarkan melalui akhbar Berita Harian hari ini mendakwa keputusan ini dibuat bertujuan memberi fokus kepada kerjaya Pengacaraan TV yang merupakan bidang utama beliau.

Aznil Haji Nawawi yang telah berkhidmat di ERA FM selama 3 tahun pernah berniat untuk meninggalkan stesen radio tersebut selepas pemergian Din Beramboi ke rahmatullah. Akan tetapi beliau menarik semula kenyataan tersebut setelah diberi cuti rehat selama beberapa hari.

Aznil sebelum menyertai ERA FM pernah mengacara Rancangan Akademi Fantasia selama 5 tahun.

Komen Anda

0 Responses to "Aznil Hj Nawawi Tinggalkan ERA.Fm"