Wednesday, 28 December 2011

Amaran Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak

http://nhudaahmad.co.cc/wp-content/uploads/2011/07/hujan.jpgHujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.

Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 km sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

Komen Anda

0 Responses to "Amaran Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak"