Tuesday, 13 December 2011

Agensi Asing God Father Di Malaysia

SEKURANG-KURANGNYA dua agensi asing yang berpangkalan di Jerman dan England menjadi ‘God Father’ yang mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam menentukan spesifikasi dan pemilihan kontraktor untuk melaksanakan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

Sebagaimana dalam kes Perlis, ‘2 Kartel’ asing ini telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tempat pelupusan plumbum yang diharamkan di Jerman dan England, terutama dalam teknologi penjanaan bekalan elektrik.

“Mereka telah mempengaruhi Menteri dengan menawarkan komisyen 30 % dan menetapkan harga bateri sehingga 700 peratus daripada harga pasaran agar dapat meneruskan aktiviti subversive mereka,” dedah Citra Masadi yang mendapat maklumat dalaman daripada seorang pegawai KKLW yang kesal setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menjadikan mereka sasaran siasatan sedangkan Menteri KKLW terlibat secara langsung dengan 2 Kartel asing berkenaan.

Citra yang merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah berkata, menurut sumber itu lagi, Menteri KKLW terpaksa tunduk kepada tekanan 2 Kartel asing tersebut disebabkan telah menerima sumbangan dana yang cukup besar untuk memperkukuhkan kuasa politik sehingga sanggup melakukan projek Top-Up yang berpuluh kali ganda daripada harga pasaran.

Siasatan SPRM dalam kes Sistem Solar Hibrid, Fasa II, Pulau Banggi, Kudat, kata Citra, telah memangsakan ramai pegawai KKLW, sedangkan mereka tidak terlibat langsung dalam membuat sebarang keputusan perolehan tender projek berkenaan.

“Memang meraka akui kos projek berkenaan terlalu tinggi dan tidak wajar. Spesifikasi memang ditentukan oleh 2 Kartel tersebut, termasuk menetapkan jenis bateri dan negara perolehan sehingga menyekat peluang kontraktor atau pembekal bateri tempatan untuk turut serta,” kata Citra yang memetik sumber KKLW yang menggesa agar SPRM menumpukan siasatan terhadap Menteri KKLW dan Timbalan KSU KKLW, Yusof Dohab dan bukannya memangsakan pegawai yang melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

Sabahkini.net akan mendedahkan maklumat ‘2 Kartel’ tersebut dalam masa terdekat bagi memastikan tidak mengganggu siasatan SPRM, setelah Tenaga Nasional Berhad melalui anak syarikatnya TNBES, dimaklumkan membuat laporan rasmi disebabkan berlaku amalan rasuah dalam Sistem Tender KKLW.

TNBES, sebagai syarikat Pembina Sistem Solar Hibrid Fasa I, Pulau Banggi, Kudat meyakini berlaku amalan rasuah setelah tender mereka bagi kontrak KKLW.T.67/2011 berjumlah RM55.52 juta ditolak, sebaliknya KKLW melantik sebuah syarikat ‘Kelas Khinzir’ Usaha Serimas Sdn.Bhd menjalankan projek tersebut dengan kos RM81.47 juta.

Oleh : JAYANTHI GEETA SUKUMARAN

Komen Anda

0 Responses to "Agensi Asing God Father Di Malaysia"