Sunday, 25 December 2011

ADUN Tendong meninggal dunia

ADUN PAS Tendong, Dr Muhammad Md Daud meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melaporkan berita kematian tersebut dalam Facebooknya awal pagi ini.

Menurut tulisan Nik Aziz, Allahyarham meninggal dunia secara
dr muhammad md daudtiba-tiba.

Sementara itu, yang dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad, jenazah Dr Muhammad (kanan) dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Jenazah Allahyarham kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Manakala Harakahdaily memetik Hanifa sebagai berkata, pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam DUN Tendong yang dilanda banjir baru-baru ini. -MK

Komen Anda

0 Responses to "ADUN Tendong meninggal dunia"