Friday, 1 April 2011

Syarat Dan Terma

Berikut beberapa Syarat & Terma yang perlu anda ketahui sebelum anda membuat tempahan terhadap perkhidmatan yang kami sediakan:

PROSES TEMPAHAN

Kepada anda yang ingin membuat tempahan, hantarkan permohonan dan maklumat laman web, blog atau kedai online anda seperti pakej pilihan, tema dan maklumat yang berkaitan.

Pihak kami akan meneliti permohonan anda berdasarkan maklumat yang dikirimkan. Selepas itu, kami akan menghantar jawapan sama ada menerima atau menolak permohonan anda atau ada cadangan lain yang boleh dipertimbangkan bersama.

Selepas pengesahan, pihak kami akan mereka bentuk sample laman web yang ditempah mengikut tema yang anda kehendaki. Selepas anda bersetuju dengan sample tersebut, proses seterusnya akan dilakukan sehingga laman web anda siap dibina.

Segala maklumat dan isi kandungan laman web, blog atau kedai online adalah daripada anda. Pihak kami hanya membantu anda memasukkan maklumat permulaan sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila HUBUNGI kami untuk penjelasan.

PEMBAYARAN

Anda boleh membuat bayaran berdasarkan kepada MAKLUMAT PEMBAYARAN yang dinyatakan. Pastikan pembayaran anda adalah betul dan tepat mengikut pakej yang anda tempah.

Pihak kami hanya memulakan kerja selepas semua maklumat dan pembayaran diterima dan disahkan. Oleh itu, Kirimkan segala maklumat pembayaran anda dan pakej yang dikehendaki kepada kami.

PULANGAN WANG

Selepas proses tempahan dan pembayaran, anda boleh meminta pulangan wang dalam tempoh 7 hari selepas laman web disiapkan dengan alasan yang kukuh dan boleh diterima.

Pihak kami hanya boleh mengembalikan wang anda sebanyak 60% dari jumlah yang telah dibayar.

Domain dan hosting yang telah ditempah adalah milik anda walaupun wang telah dikembalikan.

Admin Rahsiakomputer