Monday, 16 May 2011

Aduan Rakyat

http://www.aduanrakyat.com.my/wp-content/uploads/2011/02/aduanrakyat.pngTentu banyak perkara mengenai kehidupan seharian yang terjadi di sekeliling anda. Ada perkara yang baik dan ada juga perkara yang kurang menyenangkan anda. Anda rasa tidak puas hati dengan sesuatu yang terjadi dan anda ingin melaporkan kepada jabatan tertentu atau mereka yang berkaitan. Tetapi laporan anda tidak diendahkan atau tidak ada tindakan segera. Anda rasa kecewa....

Jangan bersedih, laporan anda kami ambil perhatian segera. Kami di Malaysiadaily.net memberi peluang kepada anda untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan menghantar laporan atau aduan anda untuk diterbitkan.

Pastikan laporan dan aduan anda adalah tepat dan mempunyai asas yang kukuh untuk diterbitkan di portal berita Malaysiadaily.net.

Semua aduan dan laporan yang dihantar dan berjaya diterbitkan di Malaysiadaily.net akan diletakkan di bahagian khas yang dikenali sebagai Aduan Rakyat.

Semua aduan anda perlulah dihantar ke alamat email "malaysiadaily.net@gmail.com" atau menggunakan "Borang Hubungi" yang disediakan.

Kerjasama dan keprihatinan anda amatlah kami hargai.


Admin Malaysiadaily.net